Lain-Lain Semasa Terkini

Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

PEMANAH Sukan Olimpik 2012, Haziq Kamaruddin dilaporkan meninggal dunia pagi Jumaat.

Haziq,28, dilaporkan menghembus nafas terakhir di Hospital Kajang.

Perkara tersebut disahkan oleh rakan sepasukannya Zulfadli Ruslan menerusi akuan Facebook miliknya pagi Jumaat.

Atlet kelahiran Johor Bahru yang juga merupakan pelajar di Pusat Sukan Sains dan Eksasais, Universiti Malaya ini dalam persediaan memburu tiket ke temasya Sukan Olimpik Tokyo buat kali ketiga tahun ini.

Jenazah dilaporkan masih berada di hopital untuk menjalni ujian calitan sebelum menunggu arahan polis bagi proses bedah siasat.

“Semua sedang diuruskan oleh KBS (Kementerian Belia dan Sukan) melalui MSN (Majlis Sukan Negara)dan ISN (Institut Sukan Negara).

“Menteri (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican) telah arahkan Ketua Pengarah MSN (Datuk Ahmad Shapawi Ismail) supaya selaraskan semua keperluan yang dapat memudahkan urusan Allahyarham serta keluarga,” jelas satu kenyataan daripada KBS hari ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: