Bola Sepak Semasa Terkini

Berita gembira buat Tok Gajah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aksi lincah Manu (kanan) memberikan kegelisahan benteng pertahanan lawan.

Oleh : Subkhi Sudarji

IMPAK diberikan Manuel Hidalgo ternyata tidak mengecewakan malah rata-rata peminat Tok Gajah kini menganggap pemain import kelahiran Argentina ini ‘tonik’ penting buat pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia pada pusingan kedua.

Dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua bersama penyerang kebangsaan ­Myanmar, Aung Kaung Mann, bekas pemain kebangsaan Ghana yang mewakili Shan United, Abu Bakar Yakubu dan Kenny Athiu, 28, yang pernah mewakili skuad kebangsaan Sudan Selatan sebelum bermain di Melbourne Victory di Australia.

Debut pertama pemain kelahiran Argentina berusia 22 tahun begitu mempesonakan apabila berjaya menjaringkan gol buat pasukan selain mencipta gerakan gol menentang Selangor FC yang berkesudahan dengan keputusan 2-2.

Kelincahan Manual Hildago atau lebih gemar dipanggil ‘Manu’ yang pernah mewakili Benfica FC dan Sheffiel Wednesday itu turut mengundang kegusaran serta kebimbingan penyokong Tok Gajah adakah pemain ini akan terus kekal atau sekadar menjadi persinggahan sementara sebelum disambar pasukan lain.

Ternyata kebimbangan itu dijangka terlerai apabila Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Muhammed Suffian Awang memberi jaminan akan mengikat pemain berkenaan untuk memastikan terus kekal bersama Sri Pahang FC.

“Kita bawa masuk Manu bersama beberapa pemain baharu bagi memantapkan pasukan, mereka semakin membuktikan kemampuan yang dimiliki dan ini yang kami mahukan.

“Bagi Manu pula, kita membuat perjanjian untuk membantu pasukan sehingga tamat musim 2021 ini kemudian kami akan nilai prestasi yang dipamerkan dalam tempoh perjanjian.

“Sudah pasti dia akan terus bersama membantu pasukan dalam jangka masa yang panjang melihatkan prestasi semasanya selepas dua perlawanan. Jadi penyokong Tok Gajah tidak perlu bimbang, kita akan pastikan Manu kekal di Pahang,” katanya kepada CAKAPSUKAN, baru-baru ini.

Pada masa sama, Muhammed Sufian memaklumkan Manu gembira berada di Pahang dan dia mudah menyesuaikan diri.

“Dia (Manu) gembira bersama rakan sepasukan, di Pahang dan saya dimaklumkan juga teman wanitanya akan datang ke Pahang,” jelasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: