Antarabangsa Bola Sepak

‘Kami masih punyai peluang ke Liga Juara-Juara’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Liverpools Roberto Firmino, left, celebrates with Liverpools Mohamed Salah after scoring his sides third goal during the English Premier League soccer match between Manchester United and Liverpool, at the Old Trafford stadium in Manchester, England, Thursday, May 13, 2021. (Peter Powell/Pool via AP)

KEMENANGAN Liverpool ke atas seteru tradisi, Manchester United dilihat cukup penting dalam meneruskan harapan ke Liga Juara-Juara musim depan.

Perlawanan di Old Trafford awal pagi tadi sepatutnya berlangsung minggu lepas namun ditunda kerana berlakunya gelombang protes daripada penyokong The Red Devils.

Kutipan tiga mata dipungut anak buah Jurgen Klopp cukup berharga untuk Liverpool dalam pemburuan tiket empat teratas liga.

“Kami masih punyai peluang, masih berjuang meraih tiket Liga Juara-Juara. Itulah yang yang kami boleh lakukan malam ini. Sangat intensiti. Kami harus memulihkan diri dan bertanding lagi.

Kami bermain bagus dan tampil bagus untuk menang, sehingga apa yang lakukan berjalan dengan baik malam ini.

“Kami berada dalam situasi di bawah tekanan dan harus menang demi menjaga peluang. Prestasi seperti itulah yang diperlukan dalam situasi sekarang,” ujar Klopp dipetik BBC Sport.

Liverpool kini masih di kedudukan kelima liga dengan 60 mata. Tapi, mereka miliki satu perlawanan yang belum dimainkan dan hanya dibezakan empat mata di belakang Chelsea yang berada di posisi keempat serta enam mata dari Leicester City di tangga ketiga.

Kebetulan, Leicester dan Chelsea akan bertembung sesama sendiri pada minggu ke-37 liga yang boleh menguntungkan Liverpool.

Liverpool akan beraksi tiga perlawanan yang mana atas kertas boleh mengatasi West Bromwich Albion (16 Mei), Burnley (20 Mei), dan Crystal Palace (23 Mei).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: