Antarabangsa Permotoran

Rossi inspirasi Bagnaia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

JEREZ DE LA FRONTERA, SPAIN - APRIL 30: Francesco Bagnaia of Italy and Ducati Lenovo Team heads down a straight during Free Practice for the MotoGP of Spain at Circuito de Jerez on April 30, 2021 in Jerez de la Frontera, Spain. (Photo by Mirco Lazzari gp/Getty Images)

PENUNGGANG Ducati, Francesco Bagnaia, tampil meyakinkan selama empat pusingan MotoGP 2021. Antara salah satu kunci kejayaannya adalah pernah mengadakan sesi latihan bersama Valentino Rossi.

Bagnaia saat ini memimpin carta MotoGP dengan 66 mata. Dia telah tiga kali naik podium ketika menamatkan perlumbaan tempat ketiga di GP Qatar, kedua di GP Portugal dan GP Sepanyol.

Hanya sekali pelumba berusia 24 tahun ini gagal naik podium. Ia berlaku semasa  pusingan GP Doha dengan mengakhiri saingan  di posisi keenam.

Rakan sepasukan, Jack Miller mendedahkan rahsia keberkesanan Bagnaia yang boleh memperbaiki kualiti perlumbaan di MotoGP 2021.

“Ketika masa percutian musim dingin dia menghabiskan waktu berlatih dengan Valentino Rossi.

“Saya sangat senang keputusan ini. Saya bekerja keras bersama Valentino (Rossi) di ladang miliknya selama musim dingin untuk menyelesaikan masalah dan ia berhasil. Sekurang-kurangnya begitulah kelihatannya ketika ini.

“Tahun lalu saya merindukan perasaan ini dan terus mengalami masalah. Tapi sekarang semuanya sudah jauh lebih baik,” ujar Bagnaia seperti dilapor dari Speedweek.

Bagnaia adalah produk keluaran akademi VR46, yang dimiliki oleh Rossi. Pada saingan Moto3 2014, dia berada di SKY Racing Team VR46 dan kembali dua musim bersama pasukan tersebut sepanjang pembabitan di Moto2.

“Saya berasa gembira menjadi pendahulu carta (MotoGP 2021). Akan tetapi, ini baru saja berlaku. Saya belum memikirkannya (jadi juara dunia musim ini), kerana masih ada banyak pusingan berbaki,” ungkap Bagnaia.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: