Olahraga Semasa

KOM hantar atlet sertai kejohanan di Kazakhstan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Datuk SM Muthu

 

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) akan menghantar atletnya bagi menyertai kejohanan di Olahraga Kosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan, Jun depan.

Presiden KOM, Datuk SM Muthu berkata, atlet yang dihantar ke kejohanan berkenaan adalah yang berpotensi layak ke Sukan Olimpik pemenang pingat emas Sukan Sea Manila dan individu yang mencipta rekod kebangsaan.

Beliau berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mendapat kebenaran bagi menghantar atlet ke negara terbabit.

Katanya, antara atlet yang disenaraikan untuk ke Kazakhstan adalah adalah Lee Hup Wei, Muhammad Irfan Shamsuddin, Andre Anura, Muhammad Hakimi Ismail, Haiqal Hanafi, Jonathan Nyepa, Muhammad Ilham Suhaimi, Khairul Hafiz Jantan, Rayzam Shah, Connie Chu Kang Ni, Yap Sean Yee.

“Nauraj Singh diberi peluang bertanding tetapi menolak kerana ingin bertanding di Eropah manakala yang lain mungkin tidak berhadapan menyertai kejohanan itu.

“Peserta yang pergi kena buat ujian PCR 72 jam sebelum tiba di Almaty. Mereka tidak akan dikuarantin di Kazakhstan sebaliknya apabila pulang ke Malaysia mereka perlu masuk jalani kuarantin 10 hingga 14 hari tertakluk kepada arahan MKN pada masa itu.

“Apabila atlet negara dapat menyertai kejohanan kompetetif ini secara tidak langsung mereka dapat menilai kemampuan serta meningkatkan potensi diri masing-masing,” katanya.

KOM sebelum ini menganjurkan Kejohanan Grand Prix Malaysia dari 10 hingga 11 April lalu iaitu kejohanan kompetitif pertama buat sebahagian besar atlet olahraga negara sejak penularan pandemik Covid-19 tercetus pada Mac tahun lepas.

Namun, pengumuman pelaksanaan PKP yang dikuatkuasakan di seluruh negara sekali gus menyebabkan pergerakan atlet dan pegawai agak terbatas jika terus menganjurkan kejohanan terbabit.

Terbaharu, status penganjuran Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang sepatutnya berlangsung Jun depan akhirnya terjawab apabila pertandingan itu terpaksa ditunda atas faktor keselamatan berikutan peningkatan kes Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: