
BIARPUN terpaksa menjalani kem latihan secara kuarantin, sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi atlet-atlet tetap disambut dalam suasana yang sederhana.
Atlet-atlet negara yang bakal ke Sukan Olimpik Tokyo Julai ini dan Sukan SEA di Hanoi (Disember) menjalani latihan secara kuarantin berikutan pelaksanaa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail turut bersama-sama atlet menunaikan solat sunat Aidilfitri dan sambutan sederhana Hari Raya di Cafe Atlet MSN, dengan menikmati pelbagai hidangan istimewa seperti lemang, ketupat, satay dan rendang.
“Kepada semua warga sukan negara, marilah kita bersatu, berjuang dalam memerangi pandemik ini demi Malaysia tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kita jaga jita, kita jaga keluarga kita.” ujar Shapawi dalam video ucapan yang dikongsi di Facebook rasmi MSN.
Selain MSN Bukit Jalil, Akademi Badminton Malaysia (ABM) juga merupakan venue latihan persiapan atlet-atlet negara.





Add Comment