
PLATFORM platform komuniti dan tempahan golf terkemuka di Asia Tenggara, Deemples melancarkan Deemples Pass iaitu keahlian golf digital sepenuhnya yang direka untuk memberi ganjaran kepada pemain golf bagi setiap pusingan permainan, di samping menyokong perkembangan pemain daripada permainan santai ke arena golf kompetitif.
Pelancaran ini selari dengan kehendak industri golf yang sedang mencari pendekatan baharu untuk memastikan pemain terus aktif dan berminat dengan sukan ini yang bersaing dengan pelbagai aktiviti riadah dan kecergasan lain yang menawarkan pelbagai ganjaran seterusnya mampu menarik minat para pemain.
Bukan itu sahaja,permintaan terhadap keahlian yang mampu memberi ganjaran kepada penyertaan, menyokong perkembangan ke arah permainan kompetitif serta mengukuhkan kesetiaan terhadap sukan ini juga semakin meningkat.
Seiring peningkatan kemahiran pemain golf, keperluan terhadap handicap yang diiktiraf serta keahlian yang menawarkan nilai sebenar di luar pengalaman bermain di padang golf juga menjadi semakin penting.
Selama hampir sedekad, Deemples telah menghubungkan pemain golf dengan masa permainan (tee time) serta rakan bermain di seluruh Asia Tenggara.
Melalui Deemples Pass, platform ini kini berkembang melangkaui tempahan permainan dengan memperkenalkan keahlian yang menggabungkan kemudahan digital, ganjaran bermakna serta pengiktirafan rasmi dalam dunia golf dalam satu pengalaman yang lancar.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Deemples, David Wong berkata, Deemples dibangunkan untuk membantu pemain golf mencari rakan untuk bermain bersama. Apabila pemain golf semakin mendalami sukan ini, mereka mahukan pengalaman yang lebih bermakna daripada sekadar satu pusingan permainan golf.
“Memandangkan terdapat begitu banyak aktiviti yang bersaing untuk mendapatkan masa orang ramai pada masa kini, Deemples Pass diperkenalkan bagi memberikan pemain golf lebih memilih sukan ini berbanding dengan sukan yang lain.
“Di samping memberi ganjaran setiap kali mereka bermain dan memastikan setiap pusingan permainan itu lebih bermakna.
“Apabila pemain golf beralih daripada permainan santai kepada format pertandingan, Deemples Pass menyokong perjalanan tersebut melalui kerjasama dengan Persatuan Golf Malaysia (MGA), yang membolehkan ahli yang layak mendapatkan status World Handicap System (WHS) yang diiktiraf, sekali gus membolehkan mereka memantau kemajuan dengan tepat serta bertanding dalam kejohanan di peringkat tempatan dan antarabangsa,” ujarnya.
Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor pula menyifatkan Deemples telah membina salah satu komuniti golf paling aktif di rantau ini dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan mereka dalam menyediakan pengiktirafan World Handicap System (WHS) melalui Deemples Pass.
“Melalui capaian pemasaran dan platform digital Deemples, kami berpeluang memperkenalkan handicap rasmi WHS kepada lebih ramai pemain golf berbanding sebelum ini, sekali gus membantu memperkukuhkan pembangunan pemain serta menggalakkan penyertaan yang lebih besar dalam golf kompetitif,” tegasnya.











Add Comment