Antarabangsa Permotoran

Sambut Aidilfitri di perantauan buat pelumba negara rindukan masakan ibu


BERJAUHAN beribu batu daripada keluarga tersayang, Adam Norrodin mengakui tetap merasai sedih menyambut ketika menyambut Aidilfitri.

Walaupun sudah tahun kelima di luar negara, Adam yang beraksi dalam saingan Kejuaraan Moto2, jauh di sudut hati pelumba ini tetap merasai kesedihan dan masih belum menyesuaikan diri sepenuhnya dengan sambutan Aidilfitri tanpa keluarga di sisi.

“Masih sedih bila jauh daripada keluarga. Biasanya ibu bapa akan masak sedap-sedap pada hari raya.

“Namun kita datang ke sini ada matlamat, kita bukan untuk main-main, tetapi bekerja. Saya saya perlu terima apa yang saya pilih,” jelasnya bersama tiga lagi pelumba negara yang berada di Sepanyol termasuk Sharul Ezwan Mohd Sharil, Syarifuddin Azman dan Muhammad Hakim Danish Ramli.

Mereka bakal mengharungi pusingan ketiga kejuaraan di Litar Ricardo Tormo yang dijadual berlangsung pada 13 Jun ini.

Syarifuddin atau lebih dikenali Damok yang pertama kali di perantauan memgakui pada mulanya keluarga sukar untuk melepaskannya berada di luar negara.

“Keluarga terutama mak agak sedih apabila saya beritahu terpaksa berada di perantauan. Tapi saya kena suaikan diri kerana ada tugasan yang perlu dilaksanakan,” jelasnya.

Selain itu, Zulfahmi Khairuddin yang mengetuai Program Pembangunan Bakat SIC berkata, pada awalnya mereka bercadang untuk pulang ke tanah air pada 10 Mei selepas perlumbaan pusingan kedua pada 9 Mei.

Namun memandangkan tarikh pusingan kelayakan ketiga hanya kira-kira sebulan dan telah mengadakan perbincangan bersama pelumba, mereka memutuskan untuk terus berada dan menjalani latihan di Sepanyol. – Bernama


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: