Bola Sepak Terkini

Tindakan susulan menanti Kelantan FC


Datuk Ab Ghani Hassan

Oleh : Subkhi Sudarji

KELANTAN FC bakal berdepan tindakan susulan seandainya tiga pemain mereka yang dikesan positif Covid-19 didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) gelembung sukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata, buat masa ini pihaknya sedang mengkaji punca tiga pemain Kelantan FC dijangkiti pandemik Covid-19.

Tidak menjelaskan secara terperinci bentuk tindakan yang bakal dikenakan, Ab Ghani berkata, perkara utama ketika ini adalah memastikan gelembung sukan selamat kepadapemain dan pegawai pasukan seterusnya bebas daripada dijangkiti pandemik itu.

“Berkaitan pemain Kelantan FC, kita sedang melihat dan mengkaji bagaimana pemain itu mendapat (Covid-19), kita tidak mahu gelembung sukan ini pecah.

“Kalau berada dalam gelembung dan terkena mungkin tiada tindakan namun jika pemain berkenaan keluar dan sebagainya tanpa mengikut SOP tindakan akan diambil kepada pasukan,” katanya.

Untuk rekod, sebelum ini  MFL mengesahkan dua pemain Kelantan FC positif Covid-19 menerusi ujian calitan yang dilakukan sebelum perlawanan menentang Selangor 2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya baru-baru ini.

Dua pemain Kelantan FC itu terbabit kini sedang menjalani proses kuarantin di salah sebuah hospital di Petaling Jaya.

Pemain berkenaan terus diasingkan daripada pasukan dan tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Selangor 2 mengikut prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading