Bola Sepak Semasa Terkini

Sarawak United FC bakal jadi seperti Perak FC?… pemain ‘standby mode’!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sarawak United FC kini mendahului carta Liga Perdana. Foto: Sarawak United FC

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PASUKAN  Sarawak United FC United dilaporkan turut tercalit  dengan isu pembayaran gaji.

Jika isu gaji ini benar-benar berlaku dan tiada jalan penyelesaian terbaik, tidak mustahil kelab ini akan menjadi seperti pasukan Perak FC.

Skuad The Golden Hornbill yang dilatih pengendali berpengalaman E. Elavarasan kini mendahului kedudukan Liga Perdana setakat ini,  namun hakikatnya ada kisah kurang manis di sebalik persembahan terbaik pasukan ini.

Dengan persembahan konsisten baik sepanjang musim ini, adakah wajar pemain-pemain Sarawak United FC berdepan dengan isu ini?

Menurut sumber kepada Cakap Sukan, Sarawak United FC akan menjadi seperti Perak FC yang bakal kehilangan ramai pemain gara-gara masalah pembayaran gaji yang tidak lancar.

“Beberapa pemain berada dalam ‘standby mode’ untuk menghantar surat meninggalkan kelab. Tunggu la lepas raya ni.”

Isu pembayaran gaji pemain Sarawak United FC dikaitkan dengan Sandro Mendoca apabila dia dilaporkan tidak menerima gaji penuh sejak menyertai pasukan Januari lalu.

Sandro dikatakan hanya menerima 70 peratus bagi gaji bagi Januari dan April, dan tiada pembayaran kepada pemain tengah ini untuk bulan Mac dan April.

Malah Sarawak United juga gagal membayar elaun rumah dan kereta bagi bulan Mac dan April dengan keseluruhan tunggakan dianggarkan ratusan ribu ringgit.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: