Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

‘Cukup’: Mo Salah beritahu pemimpin dunia akhiri keganasan di Palestin

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PEMAIN bola sepak Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah meminta para pemimpin dunia untuk ‘memastikan keganasan dan pembunuhan orang yang tidak bersalah segera dihentikan’.

Bintang bola sepak Mesir berusia 28 tahun itu mempunyai lebih daripada 14.3 juta pengikut di Twitter dan tweetnya telah dikongsi ribuan kali dalam beberapa minit.

Al Jazeera melaporkan, sekurang-kurangnya 28 orang, termasuk kanak-kanak, telah terbunuh dalam serangan Israel.

Rayuan Salah hadir ketika tentera Israel meneruskan pengebomannya di Genting Gaza yang dikepung pada hari Selasa, dengan menyasarkan beberapa kawasan.

Pasukan sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, menyasarkan Tel Aviv dengan 130 roket setelah serangan udara Israel menyebabkan runtuhnya sebuah bangunan kediaman di Kota Gaza.

Ciapan Salah di Twitter awal pagi tadi.

Dalam tweet pada hari Selasa, Salah secara khusus meminta Perdana Menteri Britain, Boris Johnson “untuk memastikan keganasan dan pembunuhan orang yang tidak bersalah segera dihentikan”.

“Saya menyeru semua pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri negara yang menjadi rumah saya selama empat tahun terakhir untuk melakukan segala yang mereka dapat untuk memastikan keganasan dan pembunuhan orang yang tidak bersalah segera dihentikan. Cukup,” kata Salah di Twitter.

Salah membuat ciapan sejurus selepas memuatnaik gambar dirinya di Dome of the Rock di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Jerusalem Timur.

Kementerian kesihatan Palestin di Gaza mengatakan jumlah mangsa dari serangan Israel semalam di Gaza telah mencecah 28 orang, termasuk 10 kanak-kanak dan seorang wanita. 152 orang lain juga cedera.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: