Antarabangsa Permotoran

Faktor cuaca penentu keupayaan Marquez

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Foto: Getty Images

PELUMBA Repsol Honda, Marc Marquez berharap dapat memperagakan prestasi terbaik pada MotoGP Perancis berbanding perlumbaan sebelum ini.

Namun begitu, Marquez melahirkan kebimbangan mengenai keadaan cuaca di Le Mans yang tidak menentu.

Pada pertandingan di Jerez, penunggang asal Sepanyol itu menamatkan di kedudukan kesembilan termasuk dua kali terjatuh pada sesi pemanasan dan latihan bebas.

“Setakat ini, ia adalah minggu yang baik antara dua pusingan, saya dapat berehat dan meneruskan latihan dan pemulihan.

“Sasaran hujung minggu ini adalah meneruskan perkara positif apa yang kami sedang buat. Cuaca di Le Mans menjadikan banyak perkara rumit, namun kami akan mengatasinya apa pun yang terjadi,” kata Marquez dipetik Crash.

Litar di Perancis merupakan salah satu perlumbaan yang cukup rumit bagi Marquez. Sejak beraksi dalam kelas premier pada 2013, dia telah menjuarai tiga kali di sana, sekali di tempat ketiga dan menamatkan di posisi ke-13.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: