
LEWIS Hamilton berharap masih ada ruang buat dirinya untuk terus berlumba pada saingan Formula 1 tahun depan. Juara dunia tujuh kali itu berharap dapat melanjutkan dengan pasukan Mercedes.
Pada Februari lalu, Hamilton baru saja mengikat kontrak baru untuk Mercedes, namun hanya bagi tempoh semusim. Ia selepas dia ingin melihat dulu bagaimana situasi Formula 1 2022, di mana terdapat peraturan baru yang membataskan pembiayaan pasukan masing-masing bagi pengembangan jentera.
Timbul isyarat pelumba asal England akan meninggalkan sukan ini ada musim ini, apatah lagi usianya telah menginjak 36 tahun.
Namun selepas memenangi F1 GP Sepanyol pada Ahad, Hamilton memberitahu ingin melanjutkan kerjasama dengan Mercedes.
“Kami tak ingin buru-buru, tapi saya fikir kami perlu memulakan perbincangan (kontrak baru). Perkara ini amat kompleks, semoga kami dapat memulakannya secepat mungkin, selagi tidak mengganggu pekerjaan utama,” kata Hamilton, dilapor BBC.
Sementara itu, Hamilton berharap semuanya dapat diselesaikan sebelum rehat perlumbaan pada Ogos depan.





Add Comment