Antarabangsa Bola Sepak

Presiden FIGC ancam singkir Juventus dari Serie A


The picture shows the new logo of Juventus before the Italian Serie A football match Juventus Vs Cagliari on August 19, 2017 at the Allianz Stadium in Turin. / AFP PHOTO / Marco BERTORELLO

PRESIDEN FIGC, Gabriele Gravina memberi amaran keras kepada Juventus berkaitan pembabitan mereka dalam Liga Super Eropah (ESL). Kelab asal Turin itu akan ‘ditendang’ keluar daripada bermain di Serie A jika masih berdegil.

Bersama 11 kelab top Eropah lainnya, Juventus menjadi salah satu pasukan yang menyatakan Liga Super Eropah pada pertengahan April lalu. Gagasan tersebut kemudiannya menimbulkan pro dan kontra.

Gelombang protes besar-besaran terutama dari penyokong, membuatkan enam pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester City, Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea, dan Tottenham Hotspur menarik diri dari ESL. Langkah mereka kemudian diikuti oleh Inter Milan, Atletico Madrid, dan AC Milan.

Kini hanya tinggal Juventus, Real Madrid, dan Barcelona yang belum menarik diri dari Liga Super Eropah secara rasmi. Ketiga-tiga kelab tersebut masih ingin meneruskan projek ini.

Namun, hukuman berat membayangi Juventus.  Gabriele Gravina menyebut jika masih menjadi sebahagian daripada Liga Super Eropah musim depan, Juventus akan disingkirkan dari Liga Itali.

“Ketika kelab menerima untuk ambil bahagian di Liga Itali, mereka menerima prinsip badan antarabangsa. Jelas jika Juventus tidak mahu menerima prinsip-prinsip ini, mereka akan dibuang dari liga domestik,” ujar Gravina dalam sidang media seperti dilapor Football Italia.

“Saya minta maaf, saya melihat beberapa peminat yang bimbang pagi ini, tapi semuanya perlu menghormati peraturan.”

“Sembilan kelab memutuskan untuk menarik diri dari pertandingan ( Liga Super Eropah), masih ada tiga kelab yang terlibat. Meskipun begitu, saya harap perselisihan ini akan segera berakhir,” kata Gravina.

Walaupun memberi ancaman hukuman, Gabriele Gravina juga berharap dapat menjadi  pengantaraan antara Juventus dan UEFA untuk menyelesaikan perselisihan ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d