
BEKAS pemain Manchester United, Gary Neville mengakui silap menilai Edinson Cavani. Dia kini sangat senang dengan prestasi penyerang asal Uruguay itu yang terus komited bersama Manchester United untuk musim depan.
Cavani hadir ke United setelah kontrak bersama Paris Saint-Germain tamat. Bekas pemain Napoli itu dibawa masuk pada tarikh akhir perpindahan apabila gagal mendapatkan Jadon Sancho dari Borussia Dormund.
“Saya adalah salah seorang yang skeptikal semasa United merekrut Cavani. Saya melihat bagaimana ianya telah berlaku pada tahun-tahun sebelum ini. Kelab menandatangani pemain yang di penghujung yang nampaknya tidak menjadi sebahagian daripada perancangan,” kata Neville kepada Sky Sports.
Cavani pada tujuh aksi terakhir The Red Devils mampu menghasilkan lapan gol dan dua assist. Peranannya sangat mengesankan ketika United membenam AS Roma pada dua perlawanan separuh akhir Liga Europa.





Add Comment