Bola Sepak Terkini

Berita gembira buat Sang Penyu


Lee Tuck (tengah) dan Sanjar (kanan) bakal kembali bergabung menyertai TFC pada jendela perpindahan musim kedua yang dibuka 3 hingga 31 Mei ini.

Oleh : Subkhi Sudarji

BEKAS pemain import Terengganu dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov berada dalam senarai pemain yang bakal dibawa masuk pada jendala perpindahan kedua Liga Malaysia bagi memperkuatkan pasukan.

Jika segalanya berjalan lancar dan mendapat persetujuan pengurusan Terengganu FC, kehadiran pemain yang beraksi diposisi pertengahan ini akan memberi kelebihan buat pengendalinya, Nafuzi Zain yang juga telah mengenali corak permainannya.

Turut diberitakan sama mengikuti jejak langkah Sanjar adalah bekas kapten Sang Penyu musim lalu, Andrew Lee Tuck yang bakal dipinjamkan Sri Pahang FC kepada bekas majikannya itu.

Lee Tuck yang kini beraksi bersama Sri Pahang FC mungkin dipinjamkan untuk bersama TFC.

Jelas Nafuzi dia mempunyai hubungan yang baik dengan Sanjar Shaakhmedov walaupun beliau sudah kembali ke Uzbekistan. Dia selalu bertanya mengenai perkembangan pasukan dan mungkin sebab itu namanya disebut.

“Kita akan mengkaji semula pasukan yang mana kita tahun ramai yang sedang menyiapkan pasukan masing-masing bagi menghadapi saingan pusingan kedua. Kita juga perlu berbincang dengan pengurusan.

“Sebagai ketua jurulatih, saya mahu memakai lima pemain import. Dari perlawanan pertama sampai sekarang kita hanya memakai empat pemain sambil meminjam pemain dari TFC II.

“Saya rasa kalau memakai lima pemain import, prestasi pasukan mungkin lebih baik,” tegasnya.

Untuk rekod ketika ini, Terengganu tidak mengisi kuota pemain import Asia bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Nama :- Sanjar Shaakhmedov
Umur :- 30 Tahun
Warganegara :- Uzbekistan
Ketinggian :- 1.73 m
Posisi :- Midfielder
Bekas Pasukan :- Lokomotiv Tashkent , Al-Sailiya, Lokomotiv Tashkent , Terengganu FC
Pasukan Semasa :- FC AGMK
Pencapaian :- Skuad kebangsaan Uzbekistan


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading