Antarabangsa Bola Sepak

Gunners pastikan Baggiest turun divisyen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Willian melepasi halangan pemain West Brom pada aksi EPL di Emirates, awal pagi tadi.
KEKALAHAN 1-3 kepada Arsenal menyebabkan West Bromwich Albion harus menerima hakikat terpaksa turun pangkat musim depan.
Ini adalah kali kelima sepanjang sejarah The Baggies disingkirkan dari Liga Perdana Inggeris.
Dengan hanya berbaki tiga perlawanan tersisa, anak buah Sam Allardyce yang berada di kedudukan kedua tercorot liga dilihat mustahil menutup jurang 10 mata dari Burnley di zon selamat.
Kemenangan Arsenal pula mencerahkan laluan ke pertandingan Eropah yang kini di kelompok kesembilan EPL, berjarak lima mata di belakang Liverpool pada tangga keenam untuk slot terakhir Liga Europa.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: