Bola Sepak Terkini

Tok Gajah senyum raih tiga mata ke atas Seladang, MUFC seri tanpa jaringan di laman sendiri


 

PASUKAN Sri Pahang FC meraikan tiga mata penuh di Stadium Perak dengan kemenangan bergaya 3-2 ke atas Perak FC.

Penampilan skuad Tok Gajah dilihat semakin meyakinkan dalam aksi pusingan kedua Liga Super kali ini selepas perubahan barisan pemain yang dilakukan pihak pengurusan.

Aksi pemain import muda Myanmar, Aung Kaung Mann terus menjadi bualan apabila sekali lagi menjadi penjaring perlawana ini dengan meledak gol pertama pada minit ke-34.

Bagi pasukan Perak FC, pemain-pemain beraksi dengan baik biarpun dua hari lalu ‘memboikot’ latihan gara-gara masalah tunggakan gaji.

Pemilihan pemain import Sri Pahang FC kali ini dilihat berada dalam landasan tepat apabila seorang lagi pemain baharu mereka Kenny Athiu menjadi punca kemenangan pasukan dengan dua jaringan minit ke-58 dan 88′.

Bagaiamana pun skuad Seladang tidak memberi jalan mudah dengan merapatkan jurang jaringan minit ke-68 menerusi sepakan penalti daripada Leandro Dos Santos.

Malah Raianderson memastikan Perak FC tidak ketinggalan gol yang besar apabila berjaya menyumbang satu jaringan pada minit akhir tambahan masa.

Sementara itu, satu lagi perlawanan yang berlangsung malam ini menyaksikan Melaka United FC (MUFC) gagal memanfaatkan beraksi di laman sendiri apabila hanya mengikat lawan Petaling Jaya City FC seri tanpa jaringan.

Kesemua perlawanan malam ini merupakan yang terakhir dalam kalendar Liga Super musim ini berehat sehingga Julai depan bagi memberi laluan kepada aksi Harimau Malaya beraksi dalam menghadapi baki tiga perlawanan terakhir Kumpulan G bagi Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di UAE, Jun ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading