Antarabangsa Bola Sepak

Giliran United tunda pesta kejuaraan Manchester City

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Cavani puas menjaringkan gol ketiga untuk The Red Devils.

WALAUPUN ketinggalan pada babak pertama, Manchester United berjaya bangkit menukar keputusan papan jaringan dengan menumbangkan Aston Villa 3-1 kempen Liga Perdana Inggeris di Villa Park, malam tadi.

Kemenangan ini juga menangguh seketika hajat pesaing sekota, Manchester City untuk dinobatkan sebagai juara musim 2020/21.

Villa mendahului  menerusi gol Bertrand Traore pada minit ke-24, namun penalti Bruno Fernandes dan sepakan Mason Greenwood serta tandukan pemain gantian, Edinson Cavani, pada babak kedua memastikan kemenangan untuk United

Pada penghujung pertandingan, Ollie Watkins dilayangkan kad merah akibat mengutip kad kuning kedua setelah dikatakan melakukan diving dalam kotak penalti.

Dengan kemenangan ini, The Red Devils kini berjarak 10 mata dari City. The Citizens, yang telah beraksi 35 pertandingan, di ambang kejuaraan dengan ketika ini mengumpulkan 80 mata.

Manakala, United berada di kedudukan kedua dan masih berbaki satu permainan belum dimainkan.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: