Antarabangsa Motorsport

Lorenzo dikecam gara-gara komen bodoh di dunia maya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - FEBRUARY 06: Jorge Lorenzo of Spain and Yamaha Factory Test team speaks during the 2020 Team Yamaha Factory Racing presentation during the MotoGP Pre-Season Teams Unveiling at Sepang Circuit on February 06, 2020 in Kuala Lumpur, Malaysia. (Photo by Mirco Lazzari gp/Getty Images)

KOMEN sini Jorge Lorenzo di media sosial dikecam Stefan Bradl. Penunggang ujian Honda itu menilai X-Fuera melakukan perkara bodoh di dunia maya.

Lorenzo aktif memberikan komen berkaitan MotoGP di media sosial, setelah memutuskan bersara dari dunia perlumbaan. Juara dunia lima kali itu kerap kali menyindir dan memainkan emosi beberapa pelumba.

Pada awal Mac lalu, Lorenzo memberi sindiran halus kepada pelumba ujian Yamaha, Cal Crutchlow, yang mengalami kemalangan dalam ujian pramusim MotoGP 2021 di Qatar. Sikap Lorenzo itu membuatkan dua peserta MotoGP, Jack Miller dan Aleix Espargaro geram.

Kritikan itu mengakibatkan Miller dan Espargaro terlibat ‘perang’ komen dengan Lorenzo, sambil pada masa memberi sokongan kepada Crutchlow. Lorenzo membalas dengan meminta Miller untuk fokus memenangi perlumbaan, sementara Espargaro disindirnya tak pernah juara selama 18 tahun !

“Sangat bodoh sekali untuk menyampaikan hal-hal tertentu kepada awam. Saya tidak faham. Saya melihat apa yang dia lakukan di media sosial dan saya mengikutinya di Instagram,” kata Bradl, dipetik dari Tuttomotoriweb.

Komen sindiran Lorenzo terhadap Espargaro.

Bradl akuiAp namun dia tidak akan melakukan perkara serupa.

“Mereka harus dipantau dengan kepekaan, sebab di sana anda akan dipuji sebagai raja atau dihina. Saya tidak bergantung kepada media sosial dan saya bahagia.

“Rasa hormat boleh hilang jika anda berkomentar membabi buta. Kadang-kadang, anda perlu untuk menghormati orang lain,” jelas Bradl mengenai sikap Lorenzo di  media sosial.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: