Antarabangsa Bola Sepak

PM sokong final UCL dipindah ke England

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Boris Johnson

PERDANA Menteri England, Boris Johnson memberikan sokongan penuh untuk memindahkan pertandingan final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dari Turki ke Negara Ratu Elizabeth.

Final UCL yang bakal berlangsung di Stadium Olimpiade Ataturk, Istanbul, pada 30 Mei menjadi tanda tanya ketika kerajaan Turki melaksanakan lockdown secara menyeluruh sejak 29 April hingga 17 Mei selepas angka pesakit COVID-19 mencapai 60,000 pada pertengahan April.

Situasi semakin rumit ketika kerajaan England menetapkan Turki sebagai zon merah, sehingga mengingatkan warganya untuk berhati-hati apabila berkunjung ke negara tersebut.

Rakyat England tidak dilarang berkunjung ke Turki, namun mereka harus bersiap menyediakan dana sendiri berjumla 2.000 poundsterling untuk ujian dan kuarantin sebaik pulang ke negaranya.

Bagaimanapun, Johnson memberikan jaminan tidak menyusahkan City dan Chelsea jika pertandingan tetap diadakan di Istanbul.

Kerajaan tidak akan mengenakan kuarantin 10 hari kepada pemain, pelatih, dan pegawai kelab, walaupun final dijalankan di Stadium Olimpiade Ataturk.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: