Motorsport Terkini

Petak pertama kali ke-100, Hamilton tawan Litar Catalunya!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 


LEWIS Hamilton berjaya menjuarai Grand Prix Sepanyol di Litar Catalunya, Barcelona sekaligus melebarkan jurang mata dalam kedudukan pemandu untuk musim Formula Satu 2021.

Pemanduan hebat Hamilton dibantu dengan taktikal yang berkesan dari pasukan AMG Mercedes Petronas sekali lagi memastikan Hamilton menidakkan peluang pemandu Red Bull, Max Verstappen untuk muncul juara.

Bermula dari petak hadapan buat kali ke-100, Hamilton bermula baik namun dipintas oleh Verstappen di selekoh pertama dan terpaksa mengekori Verstappen untuk tempoh yang panjang.

Pusingan pertama hentian pit menyaksikan kedudukan Verstappen dan Hamilton tidak berubah sebelum pasukan Mercedes melakukan pertukaran taktikal yang menyaksikan Hamilton masuk lebih awal sekaligus memerangkap pasukan Red Bull yang membiarkan Verstappen kekal di litar dan mencuba strategi satu hentian pit.

Akhirnya pada pusingan ke-60 dari 66 pusingan Hamilton berjaya memintas Verstappen dan kekal mendahului sekaligus menjuarai GP Sepanyol kelima berturut-turut dan mencatat satu lagi rekod baru Formula Satu.

Bagaimana pun, malang menimpa pasukan Aston Martin apabila kedua-dua pemandu mereka, Lance Stroll dan Sebastian Vettel sekadar menamatkan perlumbaan di tangga ke-11 dan ke-13 sekaligus gagal mengutip sebarang mata.

Hanya seorang pemandu gagal menghabiskan perlumbaan dengan Yuki Tsunoda terkeluar akibat dari kerosakan jenteranya, Alpha Tauri .

Keputusan lain menyaksikan Valtteri Bottas menghabiskan perlumbaan di tangga ketiga diikuti pemandu Ferrari, Charles Leclerc di tangga keempat. Sergio Perez, Daniel Ricciardo, Carlos Sainz, Lando Norris, Esteban Ocon dan Pierry Gasly melengkapkan 10 pemandu terbaik.

Hamilton kini selesa meneraju senarai pemandu dengan kelebihan 14 mata dan selepas ini Formula Satu akan melawat litar bersejarah Monte Carlo untuk Grand Prix Monaco pada 23 Mei depan.

Kedudukan Pemandu (selepas GP Sepanyol)

1. Lewis Hamilton – 94 mata

2. Max Verstappen – 80 mata

3. Valtteri Bottas – 47 mata

4. Lando Norris – 41 mata

5. Charles Leclerc – 40 mata

6. Sergio Perez – 32 mata

7. Daniel Ricciardo – 24 mata

8. Carlos Sainz – 20 mata

9. Esteban Ocon – 10 mata

10. Pierry Gasly – 8 mata

Kedudukan Pengeluar

1. Mercedes – 141 mata

2. Red Bull Racing – 112 mata

3. McLaren – 65 mata

4. Ferrari – 60 mata

5. Alpine – 15 mata

6. Alpha Tauri – 10 mata

7. Aston Martin – 5 mata

8. Alfa Romeo – 0 mata

9. Williams – 0 mata

10. Haas – 0 mata


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: