Bola Sepak Terkini

JDT menang selesa ke atas Penang FC, tandukan Shukor Adan ranapkan impian UiTM FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berjaya melebarkan jurang mata selepas menang 3-0 ke atas Penang FC di Stadium Bandaraya, Sabtu malam.

Penyerang Safawi Rasid kembali menemui rentak selepas membuka jaringan awal minit ke-15 permainan.

Anak buah Benjamin Mora dilihat mendominasi permainan yang menyaksikan Bergson da Silva menambah satu lagi gol buat JDT pada minit ke-43.

Tidak cukup dengan dua gol pada separuh masa pertama, JDT terus mengukuhkan kedudukan dengan gol ketiga menerusi Mohamadou Sumareh minit ke-51.

Tuan rumah gagal mencari sebarang gol sehingga wisel akhir dibunyikan sekaligus meranapkan harapan Penang FC untuk mengutip mata di laman sendiri.

Sementara itu, UiTM hampir merekodkan kemenangan pertama musim ini menerusi sepakan penalti daripada pemain import Kwon Yong-hyun pada minit ke-84.

Namun harapan anak buah Frank Bernhardt itu musnah apabila tandukan pemain berpengalaman KLUFC, Shukor Adan pada masa tambahan menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: