Terkini

Covid-19: KHM batal Piala Sultan Azlan Shah 2021


KEJOHANAN Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 18-27 Jun ini dibatalkan berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, keputusan itu turut mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan kejohanan tersebut dijangka akan berlangsung pada April tahun depan.

Bagaimanapun kalau ada kemungkinan keadaan bertambah baik dan kita boleh menjemput pasukan dari luar negara, mungkin Disember ini boleh dipertimbangkan…bergantung kepada situasi pandemik dan perkenaan baginda,” katanya pada sidang media secara dalam talian selepa Mesyuarat Ahli Lembaga Eksutif hari ini.

Selain itu, menerusi mesyuarat sama, beliau berkata KHM turut memperkenalkan syarat tambahan baharu bagi pemain yang mahu memohon sijil Tiada Bantahan (NOC) untuk bermain di kejohanan luar negara.

Beliau berkata, mana-mana atlet pemain yang mahu beraksi di luar negara perlu mendapatkan NOC daripada persatuan negeri terlebih dahulu sebelum dihantar ke KHM.

“Mana-mana pemain ingin beraksi di luar negara, KHM tidak ada bantahan tetapi mereka perlu melalui persatuan negeri masing-masing,” tambahnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d