Bola Sepak Semasa Terkini

JDT sedia pinjamkan pemain

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

BEBERAPA pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal dipinjamkan ke beberapa pasukan lain pada musim jendela perpindahan kedua 2021 dan jendela perpindahan 2022.

Berita ini dimaklumkan Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards melalui laman rasmi FB pasukan sebentar tadi.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan meminjamkan beberapa pemain kepada Melaka United, Sri Pahang, Sabah dan UiTM FC pada jendela perpindahan pertengahan musim ini dan jendela perpindahan 2022,” jelasnya.

Ketika ini jendela perpindahan kedua musim 2021 (3- 30 Mei ) sudah pun dibuka dengan beberapa pasukan lain telah melakukan beberapa rombakan bagi memantapkan pasukan.

Jika benar ketika ini, nama-nama seperti Safiq Rahim, Hazwan Bakri , Syafiq Ahmad mula dicanang baik penyokong JDT mahupun penyokong pasukan baharu pemain berkenaan.

Rata-rata peminat di media sosial menyambut baik usaha berkenaan dalam usaha memberikan peluang lebih kepada pemain tersebut yang bakal dipinjamkan.

Difahamkan juga JDT akan membawa masuk beberapa pemain tempatan yang berpotensi tinggi semasa jendela perpindahan ini.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: