Bola Sepak

Shahrul Saad, De Paula kini sah milik JDT


De Paula dan Shahrul (kanan) kini sah bersama JDT. Foto: JDT

Oleh: SURYATI MOHD NOR

DUA pemain Perak FC Shahrul Saad dan Guilherme de Paula kini sah menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sebelum ini timbul desas-desus perpindahan kedua-dua tonggak skuad Seladang ini, dan hari ini JDT telah mengesahkannya.

Perpindahah ini pastinya memberi peluang terbaik buat kedua-dua pemain Perak FC yang kini kelab tersebut berdepan dengan situasi kewangan pembayaran gaji pemain.

Dilaporkan kapten Shahrul meminta pihak pengurusan melepaskan dengan baik bagi meneruskan kariernya, begitu juga dengan pemain naturalisasi, De Paula.

Dalam pada itu, JDT turut berkongsi bahawa De Paula bakal menjadi pemain ‘back up’ bersama Syafiq Ahmad untuk Bergson.

Pemergian dua pemain ini pastinya menyaksikan skuad Perak FC makin ‘kucar kacir’ dan tidak mustahil akan lebih ramai lagi pemain lain angkat kaki dalam tempoh perpindahan kedua pemain sehingga 30 Mei ini.

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: