Bola Sepak Semasa Terkini

Shahrul sertai JDT ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Shahrul kini dikhabarkan bakal menyertai JDT

BUKAN ke Selangor tetapi Johor Darul Ta’zim (JDT) itulah berita terbaharu mengenai Kapten pasukan Perak FC, Shahrul Saad yang kini dilaporkan telah meminta pelepasan dari majikannya untuk meninggalkan kelab berkenaan.

Walaupun ramai yang beranggapan pemain ini bakal menyertai Sri Pahang FC namun tidak lama kemudian dinafikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohammed Suffian Awang sebelum angin kencang mula melanda kem Red Giants.

Namun ketika ini perdebatan di media sosial tidak kurang hebatnya apabila Shahrul Saad atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Badak’ dikhabarkan akan menyertai juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Harimau Selatan.

Sebagaimanan dilaporkan Berita Harian Online, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Rizal Ali Naizali mengesahkan kapten pasukan, Shahrul Saad dan pemain naturalisasi, Guehelmie De Paula sudah meminta pelepasan untuk meninggalkan kelab itu.

Katanya, perbincangan lanjut akan dilakukan dengan ejen kedua-dua pemain berkenaan.

Perkembangan itu itu sekaligus mengesahkan khabar angin yang bertiup kencang mengenai perpindahan Shahrul dan sikap sambil lewa yang ditunjukkan De Paula dalam beberapa perlawanan sebelum ini dipercayai tidak lagi gembira bersama Bos Gaurus.

Rizal Ali berkata setakat ini hanya Selangor yang menyatakan minat terhadap Shahrul, walaupun dibuat secara tidak rasmi.

Jadi kini persoalannya kemanakah hala tuju benteng Harimau Malaya ini adakah bersama King Of Malaya mahupun Harimau Selatan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: