Bola Sepak Semasa Terkini

Gaji: ‘Masalah sama, berbeza hari’! Pemain, jurulatih Perak FC boikot latihan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: SURYATI MOHD NOR

‘MASALAH sama, berbeza hari!’. Itulah yang kini dihadapi pemain-pemain Perak FC yang dikatakan berdepan dengan masalah pembayaran gaji daripada pihak pengurusan.

Masalah tunggakan gaji pemain-pemain Perak FC bukanlah isu baharu memandangkan sejak dua tiga bulan lalu isu ini sudah berlaku kepada mereka.

Namun awal April lalu, pihak pengurusan dilaporkan sudah pun memgambil langkah untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku itu.

Bagaimana pun isu tunggakan gaji ini terus berlaku dan difahamkan semua pemain tidak menerima gaji selama tiga bulan.

Lebih serius, dilaporkan kesemua pemain dan jurulatih memboikot latihan malam ini dan kelihatan mereka berkumpul di hadapan Stadium Perak, Jumaat malam.

Ironinya, sebelum ini pemain-pemain masih ‘profesional’ menjalankan tanggungjawab mereka di padang malah turut mengunci mulut mengenai masalah yang dihadapi mereka.

Namun, tindakan mereka ini dianggap sebagai sudah sampai had kesabaran mereka.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: