Gaya Hidup Lain-Lain Semasa

Aktiviti joging, berbasikal dan senaman dibenarkan sepanjang PKP

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

AKTIVITI sukan dan rekreasi di kawasan terbuka tanpa bersentuhan seperti joging, berbasikal dan senaman dengan mematuhi penjarakan fizikan dibenarkan bermula 8 Mei ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan memaklumkan kelonggaran itu diberi selepas Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mempertimbangkan rayuannya untuk melihat semula keputusan berhubung prosedur operasi standard (SOP) sukan serta rekreasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei 2021.

“Kelonggaran-kelonggaran lain bagi sektor sukan dan rekreasi akan diperhalusi dalam Mesyuarat Teknikal MKN seterusnya,” jelas kenyataan yang dikongsi kepada media.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyeru peminat dan penggiat sukan untuk terus melaksanakan aktiviti kecergasan dengan selamat sepanjang tempoh PKP ini.

“Kita masih belum menang dalam melawan penularan Covid-19. Jesteru itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan yang lebih berkesan agar pelaksanaa PKP kali ini benar-benar mencapai matlamat yang dihasratkan,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: