Antarabangsa Badminton Semasa Terkini

Terbuka Malaysia ditunda

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KEJOHANAN badminton Terbuka Malaysia yang dijadualkan pada 25 hingga 30 Mei ini, akhirnya terpaksa ditunda.

Penundaan kejohanan yang menawarkan mata kelayakan Olimpik itu dijangka diumumkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan petang ini.

Difahamkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan BWF telah mengadakan perbincangan mengenai kedudukan kejohanan itu dan telah mencapai persetujuan bersama untuk menundanya.

Bagaimanapun, dengan tarikh Sukan Olimpik Tokyo yang semakin hampir pada Julai ini, ada kemungkinan Terbuka Malaysia tahun ini akan mengalami nasib yang sama seperti tahun lalu iaitu dibatalkan.

Situasi pandemik Covid 19 di negara ini yang jumlah kesnya kian meningkat selain Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula di Kuala Lumpur dari hari ini hingga 20 Mei adalah antara faktor penundaan itu.

Selain itu, tempoh kuarantin yang dinaikkan kembali kepada 14 hari daripada tujuh hari, juga mampu memberi kesan kepada penyertaan pemain antarabangsa.

Sementara itu, Terbuka Singapura yang dijadualkan dari 1 hingga 6 Jun ini dijangka mengalami nasib yang sama .

Malah, tempoh kuarantin 21 hari yang dikenakan oleh republik itu, pasti menjadi faktor penolak untuk national pemain mengambil bahagian, sekali gus memungkinkan penganjur menurut langkah yang sama dengan BAM dengan membatalkan kejohanan itu.

Persatuan Badminton Singapura dijangka membuat pengumuman mengenai kejohanan itu selepas mesyuarat mereka petang ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: