
MANCHESTER City terpaksa menunda dahulu pesta juara Liga Perdana Inggeris apabila kalah 1-2 kepada Chelsea di Etihad awal pagi tadi.
Walaupun ketinggalan pada babak pertama, The Blues bangkit sehingga tiupan wisel penamat dan meraih tiga mata hasil jaringan Hakim Ziyech dan Marcos Alonso.
Akibat daripada kekalahan ini, City bagaimanapun masih memimpin liga dengan kelebihan 13 mata mengatasi Manchester United yang berada di tangga kedua.
Skuad pimpinan Pep Guardiola itu boleh dinobatkan gelaran malam ini sekiranya United kalah melawan Aston Villa di Birmingham.





Add Comment