Bola Sepak Semasa Terkini

Berita gembira buat penyokong JDT

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Cabrera tidak mempunyai sebarang komplikasi dan akan menjalani pemantauan lanjut sebelum dibenarkan kembali menjalani latihan.

Oleh : Subkhi Sudarji

PENYERANG Johor Darul Ta’zim (JDT) Gonzalo Cabrera yang didapati tidak sedarkan diri selepas bertembung dengan pertahanan KDA FC, Renan Alves sebelum diberikan rawatan di atas padang telah dibenarkan keluar hospital.

Perkhabaran gembira ini dikongsikan JDT dan penyerang berkenaan tidak mempunyai sebarang komplikasi akibat insiden yang berlaku pada minit ke 56 ketika cuba memasuki kawasan penalti tuan rumah sebelum dirempuh Alves.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan sukacita ingin mengumumkan bahawa Gonzalo Cabrera sudah pulih dan telah dibenarkan keluar dari hospital selepas terlibat dalam perlanggaran sewaktu perlawanan Liga Super Malaysia bertemu Kedah malam tadi.

“Ujian perubatan awal telah mengesahkan bahawa Cabrera tidak mempunyai sebarang komplikasi. Beliau akan menjalani pemantauan lanjut selama beberapa hari ini sebelum dibenarkan kembali menjalani latihan. Luaskan Kuasamu Johor,” jelas kenyataan yang disiarkan menerusi laman rasmi FB pasukan, Johor Southern Tigers, hari ini.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: