Bola Sepak Semasa

Aidil Sharin mahu cepat ‘move on’ selepas saat akhir ‘dibunuh’ gol JDT

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA FC) Aidin Sharin Sahak mahu melupakan detik kecewa ketika aksi Liga Super bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam.

Jurulatih dari Singapura berusia 44 tahun itu mengakui pertemuan dengan JDT bukanlah mudah, dengan barisan pertahanan yang kuat.

“Separuh masa pertama kami ada beberapa peluang (jaring gol) tetapi tidak diselesaikan dengan baik.

“Pemain-pemain telah berusaha keras namun JDT ada penjaga gol yang baik.

“Begitu juga dengan babak kedua perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan mempunyai peluang.

“Tetapi pada saat akhir permainan JDT ‘bunuh’ kami,” jelasnya.

Aildil mahu beri fokus untuk aksi bertemu Sabah FC 8 Mei ini. Foto: KDA FC

Tambah Aidil, kesilapan yang belaku menyebabkan JDT mendapat sepakan penalti sekaligus gagal mengutip sebarang mata.

“Keputusan yang mengecewakan dan hilang tiga mata. Mungkin pemain ada hilang sedikit konsentrasi.

“Tetapi secara keseluruhan dari segi prestasi, saya menghormati pemain-pemain yang telah memberi persembahan terbaik ketika bertemu JDT ini.

“Semua perlu belajar ‘move on’. Inilah bola sepak. Kami perlu bangkiut dan mengembalikan momentum selepas ini dan paling penting persediaan bertemu Sabah FC (8 Mei), aksi Piala AFC dan kembali kepada liga,” tambahnya.

Menjelang aksi Piala AFC, KDA FC  selaku naib juara Liga Super 2020 diundi dalam Kumpulan H bersama Lion City Sailors FC dari Singapura, Saigon FC (Vietnam) dan satu lagi pasukan ditentukan melalui playoff bermula 29 Jun hingga 5 Julai .


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: