Bola Sepak Terkini

Sri Pahang FC pantas ‘pukal’ empat pemain import baharu


Empat pemain import baharu menandatangani kontrak bersama Sri Pahang FC pada Rabu.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

SRI Pahang FC menjadi kelab terawal mengikat empat pemain import baharu ‘secara pukal’ sebaik sahaja jendela perpindahan pemain kedua dibuka sejak 3 Mei lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram rasmi Sri Pahang FC mengesahkan empat pemain import baharu ialah Hidalgo Gasparini Manuel Federico dari Argentina yang akan bermain di posisi sayap kanan, pemain tengah dari Ghana Yakubu AbuBakar, Athlu Kenjok Wai penyerang dari Australia dan pemain muda Myanmar Aung Kaung Man selaku penyerang.

Empat pemain baharu ini sekaligus melengkapkan lima senarai tonggak import termasuk Mark Herold Goulon.

Pengurusan Tok Gajah dilihat mengambil langkah serius menukar pemain-pemain importnya selepas aksi hambar sejak awal musim Liga Super berlangsung yang menyaksikan mereka berada di tangga kedua tercorot liga.

Nasib Lee Tuck belum diketahui selepas ini.

Dengan senarai baharu itu juga menjawab persoalan mengenai bekas pemain import Terengganu FC, Lee Tuck yang ‘tidak ada jodoh’ kekal dalam skuad utama kendalian Dollah Salleh ini.

Sebelum ini, Dollah pernah menyuarakan untuk mendapatkan pemain-pemain import yang lebih ‘menyengat’ bagi meneruskan pusingan kedua liga ini.

Sri Pahang FC kini hanya mengumpul 8 mata daripada sebelas perlawanan setakat ini.


Add Comment

Click here to post a comment