
Oleh: SURYATI MOHD NOR
DESAS-desus mengenai pemain pertahanan Perak FC Shahrul Saad akan berpindah menyarung jersi Sri Pahang FC hanyalah sekadar khabar angin sahaja.
Nama pertahanan Harimau Malaya berusia 27 tahun itu menjadi perhatian sejak jendela perpindahan pemain kedua dibuka bermula 3 Mei yang sakaligus menimbulkan pelbagai reaksi penyokong-penyokong skuad Seladang itu.
Bagaimana pun Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang menafikan spekulasi perpindahan pemain ini.
“Rumours sahaja,” jelasnya ringkas kepada CakapSukan.
Sebelum ini, Mohammed Suffian memaklumkan rombakan bakal dilakukan menjelang musim perpindahan untuk memastikan pasukan terus bersaing.
Ia termasuk menukar empat pemain importnya yang dianggap ‘tidak berfungsi’ sepanjang musim Liga Super berlangsung setakat ini.





Add Comment