Bola Sepak Komuniti Semasa Terkini

Hakimi Man, Pengiran Bala terajui cabaran Sarawak United III

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

IMG-20200813-WA0021

Oleh : Mohd Fahmi Ismail

DUA jurulatih yang miliki reputasi tersendiri, Mohd Hakimi Man dan Pengiran Bala dilantik untuk mengibarkan cabaran Sarawak United III (SUFCIII) pada musim ini.

Pelantikan mereka diumumkan oleh Nazri Bin Dato Haji Ahmad Lai dalam sidang media pada Ahad.

Untuk rekod, pasukan SUFC III merupakan pasukan belia Sarawak United yang berpusat di Miri.

“Sudah pastinya kita menilai dari pelbagai sudut dan mengambil kira beberapa faktor. Jangan pernah lupa insan yang telah memberikan sokongan dan dokongan di saat kita memerlukan.

“Masa untuk kita membalas semua kebaikan mereka, biar kita melangkah dengan tenang masa mendatang.

“Kita sentiasa berkeyakinan akan kemampuan yang kita miliki untuk membantu membangunkan potensi pemain muda di sini. Kita juga telah melalui proses yang betul dan sukar dalam karier kejurulatihan. Yang pasti kesukaran dan kepayahan itu membantu kita menjadikan kita lebih kuat,” kata Hakimi kepada CAKAPSUKAN.

Hakimi (kiri) dan Bala diperkenalkan kepada kepada media pada Ahad.

Hakimi yang pernah membimbing Miri FC dalam pertandingan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) akan bertindak sebagai penolong ketua jurulatih kepada Bala.

Antara sentuhan terbaik Hakimi adalah mengesan bakat Gabriel Nistelrooy Anak Tamin yang pernah mewakili pasukan Johor Darul Ta’zim II.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: