Pelbagai Semasa Terkini

Jun Hoong sah ‘tempah tiket’ ke Sukan Olimpik Tokyo

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

BEKAS juara dunia, Cheong Jun Hoong berjaya menempah tiket ke Sukan Olimpik Tokyo, Jepun Julai ini.

Atlet kelahiran Perak berusia 31 tahun ini mengungguli pusingan awal acara 10 meter platform individu wanita pada aksi Piala Dunia Terjun FINA 2021 pada Selasa.

Persembahan terbaik atlet pingat perak Sukan Olimpik 2016 (bersama Pandelela Rinong) ini menyaksikan Jun Hoong mengumpul 345.30 mata sekaligus layak ke saingan separuh akhir yang bakal berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, esok.

“Tahniah! Cheong Jun Hoong telah berjaya meraih satu slot lagi ke temasya Sukan Olimpik 2020 dalam acara Women’s 10m Platform,” kongsi Majlis Sukan Negara (MSN) di laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, seorang lagi penerjun negara, Pandelela Rinong turut layak ke separuh akhir selepas menduduki tempat keempat dengan 325.00 mata.

Aksi Piala Dunia Terjun FINA ini merupakan platform terakhir untuk atlet-atlet terjun mencuba nasib layak ke Sukan Olimpik yang akan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: