Bola Sepak Semasa Terkini

Shahrul Saad sertai Sri Pahang FC ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Shahrul (kiri) dikhabarkan antara pemain tempatan pertama yang bakal dibawa masuk Sri Pahang FC pada jendela perpindahan kedua.

Oleh : Subkhi Sudarji

PERTAHANAN Harimau Malaya dan Perak FC, Shahrul Saad kini menjadi bualan peminat skuad Tok Gajah apabila pemain berkenaan dikaitkan menyertai pasukan berkenaan pada jendela perpindahan kedua yang bermula 3 hingga 30 Mei ini.

Shahrul  berusia 27 tahun sebelum ini turut dikaitkan dengan skuad bimbingan Nafuzi Zain namun khabar angin berkenaan ditepis pengendali Terengganu FC itu.

Kini namanya mula meniti dibibir peminat setia Sri Pahang FC yang berharap ia bukanlah khabar angin kosong dan perlu menjadi realiti bagi memantapkan benteng pertahanan bergandingan dengan Muslim Ahmad.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang turut memaklumkan rombakan bakal dilakukan menjelang musim perpindahan untuk memastikan pasukan terus bersaing.

Ternyata apa yang disuarakan telah dikotakan apabila Sri Pahang FC mengesahkan empat pemain import baharu akan menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan pemain yang dibuka bulan ini.

Mereka adalah Aung Kaung Mann dari Myanmar, Manuel Hildago (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Anthiu (Australia).

“Kehadiran empat import berkenaan diyakini membantu memulih kembali prestasi Sri Pahang.

“Ketika ini, tiga pemain sudah berada di Kuantan manakala seorang lagi masih menjalani tempoh kuarantin yang akan berakhir Rabu ini,” ujarnya kepada Harian Metro.

Musim ini, Sri Pahang menyenaraikan lima import iaitu Yevhen Bokhashvili dari Ukraine, Herold Goulon (Perancis), Lee Tuck (England), Mamadou Wague (Lubnan) dan Pedro Henrique (Timor Leste).

Selepas 11 perlawanan, skuad Tok Gajah sekadar, masing-masing mencatat dua kemenangan dan seri dengan mengutip lapan mata dan menghuni tangga kedua tercorot liga.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: