
Tiga perlawanan Liga Super yang berlangsung malam ini diwarnai dengan keputusan yang tidak dijangka.
Paling menarik, kapten Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue melakukan hatrik sekaligus menumpaskan Penang FC yang meraih gol tunggal menerusi Danial Ashraf.
Josue membuka jaringan pada minit ke-35 sebelum menambah dua gol pada separuh masa kedua menerusi penalti (52′) dan gol ketiga minit ke-88.
Manakala Penang FA membawa pulang satu gol minit ke-63.

Keputusan itu tersebut pastinya hadiah istimewa buat pengendali Bojan Hodak yang merai hari lahirnya yang ke-50 pada 4 Mei.
Sementara itu, satu lagi perlawanan menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih tiga mata minit terakhir perlawanan menerusi sepakan penalti oleh Bergson da Silva, sekaligus mengecewakan tuan rumah Kedah Darul Aman FC (KDA FC).
Kedua-dua pasukan mengekalkan rentak tanpa jaringan sehinggalah JDT dihadiahkan sepakan penalti.
Dalam pada itu, Terengganu FC turut selesa mengumpul tiga mata apabila menumpaskan UiTM FC 3-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.









Add Comment