Antarabangsa motorsport Semasa

Hamilton takluk GP Portugal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Lewis Hamilton

JUARA dunia tujuh kali Lewis Hamilton menjuarai Grand Prix Portugal di Litar Portimao sekaligus melebarkan kutipan mata dalam perebutan kejuaraan pemandu Formula Satu musim ini pada Ahad.

Hamilton menewaskan pemandu Red Bull Racing yang juga pencabar utama Max Verstappen dengan mempamerkan pemanduan bergaya untuk mencatat kemenangan ke-97 kariernya dan kedua berturut-turut di Portugal.

Bermula dari petak kedua, Hamilton kekal di tangga kedua dibelakang rakan sepasukan Valtteri Bottas namun berjaya dipintas Max Verstappen apabila perlumbaan dimulakan semula di belakang kereta keselamatan pada pusingan ke-7 selepas pemandu Alfa Romeo Kimi Raikkonen berlanggar dan mengakibatkan litar dipenuhi dengan cebisan kereta.

Selepas itu Hamilton yang bermula dengan tayar medium berjalur kuning berjaya memintas semula Max Verstappen yang melakukan sedikit kesilapan pada pusingan ke-11 dengan bantuan DRS.

Beliau kembali mengejar Bottas dan kemudian pada pusingan ke-20 Hamilton berjaya menghampiri Bottas dan memintasnya untuk mendahului buat kali pertama dan terus menjarakkan diri sebelum berhenti untuk menukar tayar.

Red Bull Racing berjaya mengatasi Bottas ketika hentian pit apabila memanggil Verstappen awal satu pusingan dan dengan kelebihan tayar baharu, strategi itu berkesan apabila Bottas gagal mempertahankan tempat kedua selepas hentian pitnya.

Hamilton langsung tidak menoleh kebelakang dan meneruskan rentak cemerlang musim 2021 dengan sekali lagi menduduki tempat teratas podium dengan Verstappen kedua dan Bottas ketiga.

Max Verstappen mendapat sedikit saguhati apabila berjaya mencatatkan masa sepusingan terpantas sekaligus berjaya membawa pulang tambahan satu mata bagi memastikan jurang antara beliau dan Hamilton tidak terlalu jauh.

Sergio Perez menghabiskan perlumbaan di tangga keempat diikuti Nando Loris, Charles Leclerc serta dua pemandu Alpine Esteban Ocon dan Fernando Alonso masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan manakala Daniel Ricciardo dan Pierre Gasly melengkapkan 10 terbaik.

Hamilton sekali lagi menunjukkan mengapa beliau adalah pemandu paling sempurna dalam Formula Satu dengan pemanduan bijak dan pantas. Adakah Red Bull Racing mampu mencabar? Nantikan perlumbaan seterusnya di Sepanyol minggu hadapan.

Kedudukan Pemandu

1. Lewis Hamilton – 69 mata
2. Max Verstappen – 61 mata
3. Lando Norris – 37 mata
4. Valtteri Bottas – 32 mata
5. Charles Leclerc – 28 mata
6. Sergio Perez – 22 mata
7. Daniel Ricciardo – 18 mata
8. Carlos Sainz – 14 mata
9. Esteban Ocon – 8 mata
10. Pierry Gasly – 7 mata

Kedudukan Pengeluar

1. Mercedes – 101 mata
2. Red Bull Racing – 83 mata
3. McLaren – 53 mata
4. Ferrari – 42 mata
5. Alpine – 13 mata
6. Alpha Tauri – 9 mata
7. Aston Martin – 5 mata
8. Alfa Romeo – 0 mata
9. Williams – 0 mata
10. Haas – 0 mata


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: