
SEANDAINYA Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dalam tempoh terdekat, persiapan atlet-atlet negara yang bakal beraksi di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 Julai nanti tidak akan terjejas.
Ini berikutan rata-rata atlet berkenaan sudah biasa menjalani latihan dengan model “Gelembung Sukan” yang dilaksanakan sebelum ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, mereka semua sudah terbiasa menjalani latihan menggunakan pendekatan kuarantin (quarantine based approach).
“Tak ganggu mereka kerana sudah terbiasa semua model yang diperkenalkan dalam model gelembung sukan.
“Saya boleh katakan mereka semua antara penjaga pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi, saya amat-amat tidak risau, mereka semuannya terkawal.
Namun pada masa sama, Reezal mengakui bimbang dengan atlet-atlet lain yang pulang dari menyertai kejohanan-kejohanan di luar negara.
“Saya risaukan mereka (atlet) yang beraksi dikejohanan luar negara yang berisiko tinggi antaranya Portugal dan Poland hari itu,” tegasnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Bersama Rakan Industri dan Rakan Strategik Pelaksana Skim Perantisan Nasional (SPN) di Satria Ballroom, Dorsett, Putrajaya, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal.
Majlis berkenaan diadakan bagi menghargai kerjasama Rakan Industri dan Rakan Strategik Pelaksana SPN dalam membantu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan peluang pekerjaan kepada belia melalui SPN.
Untuk rekod, KBS telah menerima komitmen 4,623 tawaran jawatan kosong dan seramai 524 orang perantis telah pun diberikan penawaran daripada syarikat yang menyertai skim ini.





Add Comment