Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool setuju aksi di Old Trafford ditunda


MANCHESTER, ENGLAND - MAY 02: Fans are seen protesting Manchester Uniteds Glazer ownership outside the stadium prior to the Premier League match between Manchester United and Liverpool at Old Trafford on May 02, 2021 in Manchester, England. Sporting stadiums around the UK remain under strict restrictions due to the Coronavirus Pandemic as Government social distancing laws prohibit fans inside venues resulting in games being played behind closed doors. (Photo by Getty Images/Getty Images)

LIVERPOOL menyokong sepenuhnya keputusan Liga Perdana Inggeris (EPL) menunda aksi  bertemu Manchester United malam tadi. Ia kerana, faktor keselamatan banyak pihak menjadi keutamaan mereka.

Keputusan ini diambil oleh pihak EPL selepas penyokong The Red Devils melakukan gerakan protes di Old Trafford mengecam kepimpinan keluarga Glazer selaku pemilik MU.

Peminat MU mula menyelinap masuk ke dalam padang sekitar satu jam sebelum kick-off. Tidak hanya menyalakan suar, mereka juga merosakkan beberapa harta benda penyiaran di stadium.

Pihak Liverpool mendukung penuh keputusan EPL menunda perlawanan yang dipanggil North-West Derby ini. Perkembangan terkini ini dinyatakan The Red Devils melalui kenyataan di laman rasmi kelab. Pihak Liverpool menegaskan bahawa keselamatan semua pihak adalah keutamaan bagi mereka.

“Liverpool FC setuju sepenuhnya dengan keputusan untuk menunda pertandingan hari ini berkaitan situasi yang terjadi Old Trafford dan sekitarnya.

“Kami mengambil pendirian bahawa keselamatan banyak pihak harus menjadi faktor utama dalam keputusan ini. Kemampuan untuk menyediakan persekitaran yang selamat bagi pemain, staf, dan pegawai pertandingan menjadi keutamaan khusus.

“Jelas tidak mungkin hal ini dapat dijamin hari ini kerana situasi yang berlaku begitu cepat,”  kata kenyataan rasmi Liverpool.

Hingga kini belum ditetapkan jadual baru bagi pertemuan kedua-dua pasukan. Liverpool memberitahu mereka akan berbincang dengan pihak MU, EPL, dan pihak berkuasa setempat  untuk terkait jadual baru ini.

“Selepas kami  mendapat maklumat ini, kami akan mengemaskini kepada para penyokong sebagaimana semestinya yang kami lakukan,” katanya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading