
BEKAS juara dunia, Loris Capirossi belum lagi nampak senarai pelumba yang mampu mengejutkan dirinya pada perlumbaan MotoGP 2021.
Katanya, penyertaan pasukan bertanding kali ini disifatkan sama rata bagi memburu kejuaraan.
Bagaimanapun, sekembalinya Marc Marquez terus mengubah fikiran Capirossi.
“Ya, saya perlu katakan bahawa persaingan gelaran juara dunia musim ini sangat seimbang. Tak ada lagi mana-mana penunggang yang secara khusus membuatkan saya terkejut.
“Tapi kejutan terbesarnya adalah melihat Marc Marquez kembali ke garisan penamat,” kata Capirossi seperti dilapor MowMag.com.
Capirossi juga kagum penampilan sulung Marc Marquez yang berjaya menamatkan saingan pada posisi ketujuh di Portugal.
“Ketika dia berada di rumah, saya selalu bermesej dengannya untuk bertanyakan keadaan semasa. Jujur saya cakap ketika melihat pada sesi latihan, saya terfikir dia akan berdepan kesulitan.
“Tapi sebaliknya, dia tampil amat baik dan berada di kelompok hadapan seperti biasa dan tamatkan perlumbaan dengan baik.”
“Saya rasalah dalam masa terdekat kita akan kembali melihat Marc Marquez yang sebenarnya,” jelasnya lagi.






Add Comment