Antarabangsa Bola Sepak

Apakah nasib ‘Chip’? Marcote bersedia kembali ke Liga Malaysia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

OLEH : SURYATI MOHD NOR

STATUS pengendali Melaka United FC (MUFC) terus menjadi tanda tanya sebaik sahaja tewas kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi Liga Super Jumaat malam.

Sebelum ini jurulatih berusia 60 tahun kelahiran Selangor itu diberi Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk dua perlawanan akhir bulan April bagi memastikan kedudukan selamat bersama skuad Sang Kancil.

Namun sebaliknya berlaku apabila keputusan menyaksikan MUFC menang ke atas Perak FC dan tewas kepada KDA FC.

Pihak pengurusan telah pun memberi amaran kepada Zainal untuk meraih enam mata, namun gagal dilaksanakan.

Dalam menunggu apa nasib Zainal Abidin selepas ini, nama salah seorang jurulatih tempatan Mohd Nidzam Jamil menjadi sebutan untuk mengambil alih tugas utama ini.

Menurut sumber, bekas pemain pertahanan kebangsaan berusia 41 tahun ini berada dalam radar pihak pengurusan MUFC yang mahu melihat skuad ini bangkit bersaing dalam pusingan kedua Liga Super selepas ini.

Berdasarkan pengalaman bergelar jurulatih, Nidzam merupakan bekas penolong jurulatih dan pengurus Felda United FC musim 2017-2020.

Selain itu, dia juga pernah mengendalikan skuad SPA FC, AirAsia FC dan juga Universiti Malaysia.

Marcote dikaitkan bimbing Melaka United.

Selain itu, nama bekas jurulatih Kedah, Ramon Marcote turut dikaitkan akan kembali ke Liga Malaysia.

Jurulatih kelahiran Sepanyol berusia 44 tahun ini lebih sinonim dengan pasukan Lang Merah yang kali terakhir dipegang pada tahun 2018.

Namun khidmatnya ketika itu tidak memuaskan pihak pengurusan dan direhat sebelum pulang ke Sepanyol.

“Ya, memang ada beberapa panggilan daripada kelab Malaysia tahun ini, namun tidak ada capai sebarang keputusan.

“Saya memang rindukan Malaysia dan berharap satu hari nanti boleh pulang ke Malaysia. Banyak kenangan indah di sana,” ujarnya ketika dihubungi Cakap Sukan.

Dalam perkembangan terkini, Marcote menjelaskan dia kini bergelar profesor di sebuah sekolah tinggi mengajar dalam subjek Pendidikan Sukan dan Fizikal di negaranya.

“Saya juga pengajar untuk kursus-kursus PRO UEFA di sini.

“Tetapi masih menunggu peluang untuk kembali sebagai jurulatih.”


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: