Bola Sepak Terkini

Hodak dedah bola sepak permainan ‘mental’


HARAPAN Bojan Hodak untuk tidak lagi ‘bocor’ di saat akhir perlawanan nampaknya tercapai pada aksi perlawanan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi

The City Boys mempamerkan permainan yang baik, mendahului jaringan gol pada babak pertama, sebelum kapten JDT Harris Harun menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Jaringan seri satu sama itu kekal hingga ke wisel penamat sekaligus melegakan Hodak.

Menurut Bojan, keputusan seri adalah pencapaian yang baik apabila berdepan dengan pasukan terbaik liga.

“Dua perlawanan akhir ini sangat baik. Kami berlawan dengan pasukan Top 3 dalam liga dengan keadaan 50-50. Ia adalah positif.

“Bola sepak adalah permainan mental.Pemain kadang-kala perlukan keyakinan diri, tetapi gol jaringan daripada Romel Morales sangat menakjubkan,” jelasnya.

Sebelum ini Hodak ‘pening’ dengan situasi pasukannya yang sering kali bocor menjelang detik-detik akhir perlawanan yang menyaksikan mereka telah terlepas beberapa mata berharga pada saingan.

Ia berlaku termasuk dalam empat perlawanan terakhir berturut-turut bermula semasa bertemu PJ City FC, Sri Pahang FC, Terengganu FC dan yang terakhir, semasa tewas 2-3 kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC selain perlawanan ketiga dengan Selangor FC.

Untuk rekod, Kuala Lumpur City FC kini selesa berada ditangga ketujuh liga dengan mengumpul 13 mata selepas 11 perlawanan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: