Bola Sepak Semasa

Aksi Kedah-JDT tanpa penonton


PERLAWANAN Liga Super antara Kedah Darul Aman FC (KDAFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Selasa bakal berlangsung tanpa kehadiran penonton,

Ia apabila pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), memperketatkan semula pematuhan rosedur operasi standard (SOP) dengan mengaktifkan semula SOP Pengelolaan Perlawanan Tanpa Penonton bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, tindakan itu dibuat berikutan pengumuman daripada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan pelaksanaan PKP di beberapa daerah di negeri Kedah mulai 1 hingga 14 Mei 2021.

Berdasarkan pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan PKP dilakukan di beberapa daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim bermula pada 1 hingga 14 Mei 2021 berikutan peningkatan kes COVID-19 di kawasan berkenaan.

Kenyataan media itu dibuat berikutan pelaksanaan PKP melibatkan Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim mulai 1 hingga 14 Mei 2021 nanti.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: