Bola Sepak Semasa Terkini

Mora akui setiap kelab ada ‘pasang surut’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora mengakui setiap pasukan bola sepak ada pasang surutnya.

Mora berkata demikian selepas menyaksikan anak buahnya terikat seri 1-1 ketika aksi bertemu Kuala Lumpur City FC Jumaat malam.

“Kita tidak boleh aspek seperti ‘Superman’. Kadang kala kita ada ‘surutnya’.

“Tetapi kami tetap fokus dan akan cuba untuk bangkit. kami masih lagi berada di top liga, dan berharap dapat kekal serta terus berusaha dengan kuat,” jelasnya selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Mora turut memuji pihak lawan (KL City FC) yang mempamerkan saingan baik.

“Perlawanan yang sengit tetapi KL City beri cabaran, malah permainan mereka tersusun.

“Namun kami tetap cuba melakukan beberapa hantaran penting. Kami berdepan dengan banyak situasi.”

Biarpun gagal mengutip tiga mata penuh, skuad Harimau Selatan ini masih mengukuh kedudukannya di persada Liga Super dengan 24 mata selepas 11 perlawanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: