Bola Sepak Semasa

KDA FC tidak nilai hanya satu perlawanan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Baddrol (dua,kanan) meledak gol ketiga membantu kemenangan 3-1 pasukan ke atas MUFC, malam tadi.

Oleh : Subkhi Sudarji / Izari Rosli (Foto)

PENGENDALI Kedah Darul Aman FC, Aidil Shahrin Sahak enggan memikirkan reputasi pasukannya yang kini dilihat semakin memberi tekanan dan cabaran besar buat Johor Darul Ta’zim (JDT).

Baginya, bukan hanya satu perlawanan menjadi ukurannya tetapi adalah keseluruhan saingan.

“Kami akan menilai setiap perlawanan, setiap minggu akan ada perubahan posisi khususnya ditangga kedua dan ketiga, ketika ini hanya fokus dari satu-satu perlawanan, perjalanan masih panjang dan ianya bukanlah bergantung kepada satu aksi sahaja,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Sebelum aksi menentang Melaka United FC malam tadi, Lang Merah berada dikedudukan ketiga liga dengan mengumpul 20 mata satu mata dibelakang Terengganu FC (TFC) namun tiga mata yang dirainya hasil kemenangan 3-1 malam tadi meletakkan pasukan ditangga kedua hanya satu mata dibelakang JDT selepas 11 perlawanan berlangsung.

Dua gol dijaringkan Kpah Sherman dan ledakan dari Ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar sudah cukup buat KDA FC meraih tiga mata .

Seandainya TFC meraih tiga mata menentang Penang FC di Kuala Terengganu malam ini pastinya perbezaan jaringan akan menentukan pasukan mana yang akan memimpin liga selepas 11 perlawananan berlangsung.

Mengulas aksi malam tadi, Aidil mengakui terpaksa melakukan perubahan disaat akhir ekoran keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap dua pemainnya, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam dan Rodney Celvin Akwensivie.

“Perubahan bermain tanpa Fadzrul dan Rodney pada saat akhir bukanlah kerja mudah, segalanya telah dirancang dalam sesi latihan terpaksa ditukar kepada perancangan lain.

“Secara jujur ia memberi kesan kepada pasukan tetapi kami perlu terima undang-undang yang telah ditetapkan. Apa pun pemain seperti Loqman dan Renan Alves berjaya memberikan impak buat pasukan.

“Begitu juga pemain lain yang mengikuti perancangan,” tegasnya.

Selepas bertemu Melaka United, Lang Merah bakal membuat perhitungan menarik apabila menanti kunjungan JDT dilaman sendiri pada 4 Mei nanti.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: