Bola Sepak Semasa Terkini

Nidzam sertai Melaka United FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nidzam Jamil

Oleh : Subkhi Sudarji

BEKAS pengendali Felda United FC, Nidzam Jamil hampir pasti menyertai Melaka United FC selaku penolong ketua jurulatih pasukan kepada Zainal Abidin Hassan yang bakal dikekalkan membimbing pasukan dengan sasaran KPI yang baharu.

Difahamkan Nidzam yang kini membimbing pasukan pembangunan Felda United, masih mempunyai kontrak setahun lagi bersama majikannya.

Perkhabaran ini dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri yang memakluman keputusan ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat pengurusan hari ini.

“Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan ada meminta pembantunya dan dia sendiri mencadangkan Nidzam, setakat ini kita akan turuti permintaan.

“Kita akan buat sesuatu perubahan pada pasukan, kalau dah buat perubahan namun Zainal masih gagal menempatkan pasukan dikedudukan terbaik kita akan bagi KPI yang sepatutnya dan keputusan drastik akan diambil.

“Buat masa ini saya boleh nyatakan tiada perbincangan mengenai pertukaran ketua jurulatih, kita pun tahu pengurusan puas hati dengan pemain cuma mesyuarat hari ini adalah mengenai jentera serangan,” jelasnya ditemui selepas perlawanan malam tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, skuad bimbingan Zainal kecundang 1-3 di tangan Kedah Darul Aman FC yang meletakkan tuan rumah ditangga ke lapan dengan kutipan 10 mata hasil 3 kemenangan, empat seri dan empat tewas selepas 11 perlawanan.

 

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: