
KETUA Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menafikan pasukannya bakal membawa masuk bintang Jepun, Keisuke Honda pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini bermula 3 hingga 30 Mei nanti.
Tegasnya, buat masa ini semua khabar angin berkenaan adalah tidak betul dan tidak pernah dihubungi atau diberikan nama pemain Jepun berkenaan.
“Buat masa ini tak betul dan tiada perancangan ke arah tersebut, kita banyak fokus kepada pemain yang muda yang berpotensi tinggi dalam pasukan ketika ini.
“Nama besar bukanlah pilihan utama pasukan,” jelasnya ketika sesi temubual Astro Arena.
Terdahulu khabar angin mengenai kehadiran pemain yang kini berusia 34 tahun heboh diperkatakan bakal membantu The Red Giants mengharungi saingan musim ini.
Honda kini beraksi untuk kelab Neftçi Baku dalam saingan Azerbaijan Premier League dengan kontrak selama 2 bulan sahaja mulai 15 Mac lalu dikatakan sedang mencari halatuju seterusnya dalam karier bola sepak yang menghampiri penghujungnya itu.





Add Comment